UNIT 1


MENGENAL NEGARA KITA

Tema ini membincangkan lokasi Malaysia di Asia Tenggara, Benua Asia dan dunia. Malaysia yang terletak di Garisan Khatulistiwa mempunyai iklim panas dan lembap sepanjang tahun. Murid juga didedahkan dengan kawasan zon iklim dunia bagi melengkapkan pengetahuan mereka tentang iklim dunia.
Dari aspek fizikal, negara kita mempunyai pelbagai bentuk muka bumi yang mempunyai kepentingan tertentu. Di samping itu, murid juga dapat mengetahui tumbuh-tumbuhan semula jadi dan hidupan liar serta habitatnya.

OBJEKTIF
1. Mengenal lokasi Malaysia di Asia Tenggara, Benua Asia dan di dunia.
2. Mengenal pasti bentuk muka bumi dan kepentingannya.
3. Mengetahui cuaca, iklim, tumbuh-tumbuhan semula jadi dan hidupan liar di Malaysia dan luar negara.

Unit 1 - Lokasi Malaysia
Malaysia terletak di Asia Tenggara. Asia Tenggara berada di Benua Asia. Mari kita lihat kedudukan negara kita dalam glob di bawah.
A. Kedudukan Malaysia di Asia Tenggara
Mari kita lihat Peta Asia Tenggara di bawah. Di manakah kedudukan negara Malaysia di Asia Tenggara? Bolehkah kamu nyatakan negara-negara yang berjiran dengan Malaysia?

INFO MURID
Negara-negara di Asia Tenggara telah membentuk satu pertubuhan, iaitu Pertubuhan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN) pada tahun 1967

B. Kedudukan Malaysia di Benua Asia dan di Dunia
Kedudukan sesebuah negara dapat ditentukan dengan menggunakan mata angin. Malaysia terletak di tenggara.

INFO MURID
Kompas digunakan oleh ahli pelayaran dan pengembara sebagai panduan ke sesuatu tempat.

Malaysia terletak di garisan khatulistiwa.

Kamu boleh menyenaraikan benua yang terdapat di dunia. Bolehkah kamu nyatakan di benua manakah letaknya Malaysia?

Malaysia terletak di benua Asia.

Setiap benua mempunyai keluasan yang berbeza. Mari kita lihat jadual di bawah. Benua manakah yang paling besar?

Ringkasan pelajaran