Pages

UNIT 2

GEOGRAFI FIZIKAL

Malaysia mempunyai bentuk muka bumi yang indah. Iklim dan cuaca negara kita pula panas dan lembap sepanjang tahun. Oleh itu, banyak flora dan fauna terdapat di negara kita.

A. Bentuk Muka Bumi

Kita berbangga kerana Malaysia mempunyai bentuk muka bumi yang terdiri daripada tanah tinggi, tanah pamah, saliran, pinggir laut dan pulau. Setiap bentuk muka bumi tersebut penting kepada kita.

  • Tanah Tinggi dan Kepentingannya
Tanah tinggi terdiri daripada banjaran, gunung, dataran dan bukit. Berdasarkan peta di bawah, nyatakan banjaran dan gunung yang terdapat di negara kita. 



i. Menjana Kuasa Hidroelektrik
Stesen jana kuasa hidroelektrik dibina di kawasan tanah tinggi yang ada sumber air. Contohnya, Empangan Batang Ai yang terletak di Banjaran Kapuas Hulu, Sarawak, membekalkan kuasa elektrik ke kawasan kediaman dan perindustrian di Kuching dan Bintulu.

ii. Pelancongan
Pernahkah kamu melawat Tanah Tinggi Cameron di Pahang? Suhu yang nyaman dan pemandangan bukit-bukau yang menghijau menarik pelancong. Aktiviti pelancongan ini mewujudkan peluang pekerjaan dalam industri perhotelan.

iii. Pertanian
Kamu boleh melihat banyak sayu-sayuran ditanam jika melawat Tanah Tinggi Kundasang. Di sini juga terdapat tanaman bunga-bungaan. Tanaman ini sesuai ditanam kerana kawasan ini bersuhu rendah.

  • Tanah Pamah dan Kepentingannya

Tanah pamah merupakan kawasan tanah rendah yang datar dan beralun. Di tanah pamah biasanya terdapat sungai, tasik atau paya.

i. Kawasan Pertanian
Kawasan tanah pamah sesuai untuk tanaman padi, kelapa sawit, getah, nanas dan tebu. Contohnya, padi banyak ditanam di Dataran Kedah-Perlis dan Tanjong Karang, Selangor. Kelapa sawit dan getah banyak ditanam di Sabah, Pahang dan Johor. Nanas banyak ditanam di Johor. Tebu pula banyak ditanam di Perlis. Hasil daripada tanaman getah dan kelapa sawit menjadikan negara kita sebagai pengeksport getah dan kelapa sawit.

ii. Kawasan Perindustrian
Kawasan perindustrian seperti Shah Alam, Pasir Gudang, Gurun dan Bintulu terletak di kawasan tanah rendah. Bangunan kilang yang besar hanya dapat dibina di kawasan yang rata. Pembinaan kilang di kawasan rata tidak memerlukan kos yang tinggi.

iii. Jaringan Pengangkutan
Jika kamu melalui Lebuh Raya Utara-Selatan, kamu mendapati sebahagian besar laluannya dibina di kawasan tanah pamah. Pembinaannya mudah dan kos membinanya rendah. Selain itu, di tanah pamah dibina landasan kereta api, lapangan terbang dan landasan komuter. Kemudahan jaringan pengangkutan telah memudahkan urusan seharian penduduk dan kegiatan ekonomi.

  • Saliran dan Kepentingannya

Sungai mengalir dari kawasan tanah tinggi ke kawasan tanah rendah dan terus ke laut. Lihat peta di bawah untuk nama-nama sungai.


i. Sumber Pengairan dan Perikanan
Petani dapat menanam padi apabila mendapat bekalan air yang diempang dari sungai. Contohnya, Sungai Muda di Kedah diempang untuk mengairi kawasan tanaman padi di Dataran Kedah-Perlis. Ada sungai dan tasik yang dijadikan kawasan ternakan ikan. Contohnya, penternakan ikan dalam sangkar di Sungai Pahang. Tasik juga dijadikan kawasan ternakan seperti di Tasik Timah Tasoh, Perlis.

ii. Sumber air
Air sungai diempang dan disalurkan ke loji rawatan untuk dibersihkan. Contohnya, air Sungai Kelang diempang dan dibersihkan di Empangan Klang Gate. Selepas itu, air dibekalkan untuk pelbagai kegunaan penduduk di Lembah Kelang.

iii. Jalan Perhubungan
Sungai Rajang di Sarawak menjadi jalan perhubungan dan pengangkutan. Sungai Kinabatangan di Sabah digunakan untuk menghanyutkan kayu balak ke kilang untuk diproses. Sungai Tembeling di Pahang pula menjadi laluan masuk pelancong ke Taman Negara di Pahang.

  • Kepentingan Pinggir Laut dan Kepulauan
Kawasan pinggir laut negara kita terdiri daripada pantai, teluk dan tanjung dan pulau. Pernahkah kamu melancong di mana-mana pinggir laut negara kita?


i. Pelancongan
Pantai berpasir dan pulau yang airnya jernih serta mempunyai pemandangan yang indah sering menjadi tumpuan pelancong.

ii. Pelabuhan
Di pinggir laut terdapat pelabuhan. Contohnya, Pelabuhan Klang di Selangor dan Tanjung Pelepas di Johor. Jika kamu melawat pelabuhan, kamu akan mendapati pelbagai aktiviti mengeksport dan mengimport barang.

iii. Perikanan
Negara kita mempunyai pinggir laut yang panjang. Nelayan menangkap ikan di sepanjang pinggir laut di Selat Melaka dan Laut China Selatan. Kegiatan menangkap ikan memberikan sumber pendapatan kepada nelayan dan peraih ikan.

  • Perbandingan antara Tanah Tinggi dengan Tanah Pamah

i. Tanah tinggi


ii. Tanah pamah


Ringkasan Pelajaran


B. Cuaca dan Iklim di Malaysia

Ciri Iklim di Malaysia
Malaysia mengalami iklim Khatulistiwa. Mari kita kaji ciri iklim khatulistiwa dari segi suhu, angin dan hujan.

i. Suhu
Negara kita menerima pancaran matahari sepanjang tahun. Oleh itu, suhu di negara kita adalah tinggi dan hampir sekata sepanjang tahun. Purata suhu tahunan negara kita ialah 27 darjah celsius. Perbezaan suhu setiap bulan bagi sesuatu tempat adalah antara 1darjah celsius hingga 2darjah celsius.

Berikut adalah purata suhu bulanan di dua bandar raya:
 ii. Angin dan Hujan
Negara kita menerima tiupan angin Monsun Barat Daya dan Monsun Timur Laut. Angin Monsun Barat Daya bertiup antara bulan Mei hingga bulan September. Angin Monsun Timur Laut pula bertiup dari bulan November hingga bulan Mac. Oleh itu, negara kita menerima hujan sepanjang tahun. Jumlah hujan di negara kita ialah sebanyak 2600 mm setahun.

Faktor yang Mempengaruhi Cuaca dan Iklim
Kamu telah mempelajari ciri iklim Khatulistiwa. Mari kita teliti faktor yang mempengaruhi ciri tersebut.

  • Kedudukan
Kedudukan Malaysia terletak di antara garisan lintang. Oleh itu, Malaysia beriklim Khatulistiwa. Faktor ini menjadikan negara kita mengalami keadaan panas dan lembap sepanjang tahun.

Info Murid
Negara lain yang mengalami iklim Khatulistiwa termasuklah Brazil, Nigeria dan Indonesia.

  • Angin dan Hujan
Tiupan angin monsun menyebabkan taburan hujan di negara kita tidak sekata. Berdasarkan peta dibawah, lihat arah pergerakan tiupan angin monsun tersebut. Anda boleh mengetahui tampat yang banyak menerima hujan dan tempat paling sedikit menerima hujan di negara kita.

  • Ketinggian dari Aras Laut
Suhu di sesuatu kawasan dipengaruhi ketinggian bentuk muka bumi. Semakin tinggi sesuatu kawasan, suhunya makin rendah kerana kurang mendapat haba pembalikan dari bumi.

  • Kepulauan
Pulau-pulau merupakan tanah daratan yang dikelilingi oleh laut. Suhu di pulau lebih rendah kerana disederhanakan oleh air. Oleh itu, kawasan daratan yang jauh dari laut, suhunya lebih tinggi.

Pengaruh Iklim terhadap Kegiatan Ekonomi Penduduk
Kamu telah mengetahui keadaan iklim di negara kita. Sekarang mari kita kaji pengaruh iklim terhadap kegiatan pertanian, perikanan, pelancongan dan pembalakan.

i. Pertanian
- Negara kita menerima hujan yang banyak dan suhu yang tinggi sepanjang tahun. Oleh itu penduduk dapat mengusahakan kebun getah kerana pokok getah dapat ditoreh ketika cuaca baik.

ii. Perikanan
- Ketika musim tiupan angin Monsun Timur Laut, nelayan tidak dapat ke laut kerana laut bergelora kerana nelayan hanya dapat menangkap ikan jika laut tenang.

iii. Pelancongan
- Cuaca panas akan membuatkan pelancong ingin menikmati keindahan pandai dan situasi ini menguntungan pengusaha motel dan hotel di pantai-pantai peranginan. 

iv. Pembalakan
- Iklim khatulistiwa menyebabkan hutan Sabah mempunyai jenis pokok seperti cengal, keruing dan merbau. Pokok-pokok ini tumbuh subur kerana cuaca panas dan lembap sepanjang tahun. Ini dapat menggalakkan aktiviti membalak yang sesuai ditebang ketika cuaca panas.

Bencana Alam
Tahukah kamu bahawa hujan, suhu dan angin boleh mendatangkan bencana alam? Mari kita kaji antara bencana alam yang berlaku di negara kita.

i. Banjir
- Pernahkah kejadian banjir berlaku di tempat tinggal kamu? Hujan yang turun dalam masa yang panjang boleh mengakibatkan banjir kerana air sungai melimpahi tebing.

ii. Tiupan Angin Kencang
- Tiupan angin kencang boleh menyebabkan rumah rosak.

Ringkasan Pelajaran

 

Zon Iklim Dunia
Zon iklim dunia terdiri daripada zon panas, zon sederhana panas, zon sederhana sejuk dan zon sejuk. Mari kita lihat kawasan dan ciri iklim zon tersebut.

Zon Panas

Zon Sederhana Panas
Zon Sederhana Sejuk
Zon Sejuk

Faktor yang Mempengaruhu Cuaca dan Iklim
Kamu telah mempelajari ciri iklim dunia. Tahukah kamu, apakah faktor yang mempengaruhu iklim tersebut? Mari kita kaji.

Kedudukan
i. Hemisfera
Kedudukan Hemisfera mempengaruhu iklim sesuatu kawasan. Hemisfera utara terletak dari Garisan 0 - 90 selatan. Suhu menjadi lebih rendah apabila garisan lintang semakin tinggi.

ii. Pinggir laut dan Kebenuaan
Kawasan pinggir laut mengalami suhu lebih sederhana kerana pengaruh air laut.

iii. Penerimaan Tenaga Suria
Perhatikan rajah dibawah, kawasan A menerima pancaran matahari secara tegak ke bumi. Tumpuan haba ke kawasan ini lebih kecil. Oleh itu, Kawasan ini mengalami suhu yang lebih tinggi. Perhatikan pula kawasan B. Adakah pancaran matahari tersebar ke kawasan yang lebih luas? Pada pendapat anda, apakah kesannya kepada suhu di kawasan tersebut?

iv. Arus Kelautan
Suhu di sesuatu kawasan dipengaruhi oleh arus lautan panas atau sejuk. Arus lautan panas dapat menyederhanakan suhu di kawasan yang sejuk. Arus lautan sejuk pula dapat merendahkan lagi suhu di kawasan sejuk yang dilaluinya. Lihat rajah dibawah, nyatakan keadaan suhu di Hachinohe dan Hamamatsu yang dipengaruhi oleh arus lautan yang berbeza.

v. Arah Tiupan Angin Monsun
Sistem angin utama dunia ialah sistem angin monsun. Angin monsun yang bertiup dari laut menuju ke daratan merupakan angin lembap. Angin lembap ini membawa banyak hujan ke daratan yang dilaluinya. Lihat rajah dibawah, mengapakah angin Monsun Barat Daya merupakan angin yang lembap?
Angin monsun yang bertiup dari daratan kurang mengandungi wap air. Kawasan yang menerima tiupan angin ini menerima jumlah hujan yang sedikit. Lihat pula rajah dibawah, mengapakah angin Monsun Barat Laut merupakan angin yang kering?

Ringkasan Pelajaran

C. Tumbuh-tumbuhan Semula Jadi dan Hidupan Liar

Negara kita kaya dengan pelbagai jenis tumbuh-tumbuhan semula jadi. Lihat rajah dibawah. Nyatakan jenis hutan yang terdapat di negara kita. Dalam hutan tumbuh-tumbuhan semula jadi tersebut terdapat hidupan liar.


1. Hutan Hujan Tropika
i. Tumbuh-tumbuhan
- Pokok tumbuh di kawasan tanah pamah, bukit-bukau dan lereng gunung
- Pokok tumbuh rapat-rapat dan mempunyai ketinggian berbeza.
- Pokok tegak, lurus, malar hijau dan berakar banir.
- Pokok jenis kayu keras seperti meranti, cengal, keruing dan balau.
- Tumbuh-tumbuhan lain seperti rotan dan buluh.

ii. Hidupan liar
- Dibahagian bawah pokok terdapat habitat untuk haiwan seperti rusa, harimau, gajah, beruang dan musang.
- Pokok yang tinggi menjadi habitat untuk haiwan seperti kera, burung, lebah, kelawar dan tupai terbang.

2. Hutan Paya  Air Tawar
i. Tumbuh-tumbuhan
- Tumbuh di kawasan pendalaman bersaliran tidak baik dan bertakung air.
- Jenis pokok yang tumbuh seperti mengkuang, nipah, gelam dan palma.

ii. Hidupan liar
- Di hutan nipah terdapat hidupan seperti ular, biawak dan buaya.

3. Hutan Paya Air Masin
i. Tumbuh-tumbuhan
- Tumbuh di pinggir sungai yang berlumpur.
- Pokok jenis akar jangkang seperti pokok bakau.
- Pokok lain seperti gelam, ramin, nibung, nipah dan paku pakis.

ii. Hidupan liar
- Di hutan pokok bakau terdapat burung bangau, kera, memerang, biawak dan ular.

4. Hutan Pantai
i. Tumbuh-tumbuhan
- Tumbuh di pinggir laut yang berpasir.
- Jenis pokok tahan tiupan angin dari laut.
- Jenis pokok seperti pokok ru, mengkuang laut dan pokok kelapa.

ii. Hidupan liar
- Di pantai yang berlumpur ada ular.
- Di hutan pokok ru terdapat burung dan monyet.

5. Hutan Gunung
i Tumbuh-tumbuhan
- Tumbuh-tumbuhan jenis bantut dan tumbuh jarang-jarang.
- Pokok seperti laurel, paku pakis, orkid dan periuk kera.

ii. Hidupan liar
- Binatang berbulu panjang seperti tupai gunung, burung rajawali dan siamang.

Faktor yang Mempengaruhi Pelbagai Jenis Tumbuhan Semula Jadi
Di negara kita, tumbuh-tumbuhan semula jadi dipengaruhi oleh iklim, bentuk muka bumi dan jenis tanih. Mari kita lihat.
i. Iklim
- Iklim mempengaruhi pertumbuhan tumbuh-tumbuhan semula jadi. Contohnya, hutan hujan tropika memerlukan jumlah hujan tahunan sebanyak 2600 mm. Suhu tahunan pula ialah 27 darjah Celsius.

ii. Bentuk Muka Bumi
- Jenis tumbuh-tumbuhan berbeza mengikut bentuk muka bumi. Di puncak gunung yang bersuhu sederhana terdapat tumbuhan seperti lumut dan paku pakis. Di kawasan cerun pula terdapat pokok renek dan tumbuh-tumbuhan berdaun tirus. Selain itu, dikawasan tanah pamah terdapat hutan hujan tropika.

iii. Saliran
- Di kawasan yang mempunyai saliran yang baik, tumbuh pokok seperti jelutung, ramin, tembusu dan penaga. Kawasan tanah pamah yang bersaliran tidak baik pula akan mewujudkan kawasan air bertakung. pokok yang tumbuh di kawasan ini seperti nipah dan mengkuang.

iv. Tanah-tanih
- Antara jenih tanih termasuklah aluvium, laterit, liat dan pasir. Tanih aluvium dan laterit sesuai bagi pertumbuhan hutan hujan tropika. Tanih laterit sesuai untuk pertumbuhan pokok seperti belukar dan paku pakis. Selain itu, tanih liat dan berpasir pula ditumbuhi oleh pokok bakau dan pokok ru.

Kepentingan Tumbuh-tumbuhan Semula Jadi
Tumbuh-tumbuhan semula jadi banyak kepentingannya. Mari kita kaji.

i. Flora dan Fauna
- Hutan hujan tropika negara kita kaya dengan pelbagai flora dan fauna. Kepelbagaian ini menarik pelancong luar negara datang ke negara kita. CVontohnya, bunga terbesar di dunia, iaitu bunga rafflesia telah menarik kunjungan pelancong ke Sabah. Selain itu, flora dan fauna ini juga menjadi bahan penyelidikan oleh penyelidik tempatan dan luar negara. Penyelidikan ini penting untuk menjamin warisan kepada generasi akan datang.


Info Murid
Di negara kita terdapat beberapa kawasan hutan yang tidak boleh ditebang atau diterokai. Kawasan ini dikenali sebagai kawasan Hutan Simpan.

ii. Tempat Perlindungan Hidupan Liar
- Hutan menjadi tempat pembiakan dan tempat tinggal secara semula jadi kepada hidupan liar. Haiwan memperoleh makana seperti buah-buahan dari hutan. Di hutan Sipilok di Sabah, kerajaan mewartakan hutan simpan tersebut sebagai tempat perlindungan hidupan bagi orang utan.

iii. Sumber Perhutanan
- Di hutan negara kita terdapat pokok-pokok seperti damar, rotan dan buluh. Pokok-pokok ini penting seb agai sumber industri kayu-kayan. Selain itu, hasil hutan juga boleh dijadikan sumber perubatan seperti asam jawa, inai, kacip fatumah dan tongkat ali. Hasil hutan seperti petai, jering, kerdas dan buah-buahan dijadikan makanan.

iv. Kawasan Tadahan
- Hutan penting untuk mengekalkan lembapan dan memperlahankan kadar aliran air hujan. Air hujan yang turun di kawasan tadahan akan diserap dan tidak mudah disejat. Air ini akan terkumpul dan membentuk alur. Alur-alur ini pula menghasilkan anak sungai. Air yang mengalir melalui sungai akan dirawat dan dibersihkan untuk kegunaan harian kita.

v. Mencegah Hakisan
- Tumbuh-tumbuhan semula jadi di lereng bukit berfungsi sebagai tutup bumi dan mencegah hakisan. Akarnya mencengkam dan mengikat tanah daripada longgar. Apabila hujan lebat turun, tanah yang dicengkam kuat oleh akar sukar dialirkan oleh air hujan. Oleh itu, hakisan tanah tidak berlaku.


vi. Pembiakan Hidupan Laut
- Tumbuh-tumbuhan semula jadi di kawasan hutan paya dapat memecahkan ombak dan memperlahankan arus air laut. Keadaan semula jadi ini dapat melindungi haiwan seperti siput, lokan, udang dan ikan. Selain itu, akar pokok pula dapat melindungi telur ikan dan ketam daripada serangan haiwan pemangsa yang lain.


Jenis Tumbuh-tumbuhan Semula Jadi dan Hidupan Liar di Kawasan Zon Iklim Dunia
Kita telah pun mengetahui jenis tumbuh-tumbuhan dan hidupan liar yang terdapat di Malaysia. Pernahkah kamu terfikir tentang tumbuh-tumbuhan dan hidupan liar di kawasan zon iklim dunia yang lain? Mari kita kaji.

i. Kawasan Gurun Panas
Jenis pokok
- Kaktus
- Kurma
- Akasia
- Rumput kasar

Hidupan liar
- Unta
- Gazelle (rusa)
- Oryx (kambing)
- Kala jengking

ii. Kawasan Tundra
Jenis pokok
- Willow
- Birch
- Aspen
- Lichen

Hidupan liar
- Beruang kutub
- Penguin
- Burung ptarmigan
- Burung hantu salji

Info Murid
Penguin dapat hidup di kawasan yang suhunya -40 darjah Celsius. Lapisan lemak yang sangat tebal pada tubuh penguin melindunginya daripada suhu sejuk.

iii. Kawasan Mediterranean
Jenis pokok
- Oak
- Cypres
- Zaitun
- Sequoia

Hidupan liar
- Kambing liar
- Serigala
- Arnab
- Musk ox

Info Murid
Pokok oak ialah sejenis pokok yang kayunya keras dan tahan lama. Kayu oak sesuai dibuat perkakas rumah dan kapal. Gabus botol juga diperbuat daripada kulit pokok oak.

iv. Kawasan Siberia
Jenis pokok
- Pain
- Fir
- Spurs
- Tupai
- Larch

Hidupan liar
- Moose
- Serigala
- Sable
- Lamming

Ringkasan Pelajaran