UNIT 4

SARAWAK

Asal Usul Nama Sarawak
Asal usul nama Sarawak sering dikaitkan dengan cerita penduduk tempatan. Mari kita lihat ceritanya.

Sempena Nama “Serah Kepada Awak”
Pada abad ke-18, di bahagian Hulu Sungai Sarawak terdapat kegiatan melombong antimoni (logam yang digunakan untuk membuat aloi dan semikonduktor) oleh penduduk tempatan. Pada masa itu, kawasan tersebut dikuasai oleh pembesar tempatan.
            Apabila Brunei hendak menguasai kawasan itu, penduduk tempatan sangat mengalu-alukannya. Mereka sering menyebut perkataan “serah kepada awak”. Lama kelamaan perkataan tersebut diringkkaskan menjadi Sarawak. Oleh itu, kawasan tersebut menjadi Sarawak.

Nama Daripada Buah Nanas
Di kawasan Batu Kawa terdapat banyak tanaman nanas. Nanas tersebut amat manis dan enak rasanya. Nanas ini dikenali sebagai nanas Sarawak.
            Oleh sebab kawasan ini banyak nanas Sarawak, maka kawasan ini dinamai sebagai “Sarawak” sempena nama nanas tersebut.

Pentadbiran Awal di Sarawak
Pentadbiran awak di Sarawak terbahagi kepada dua kawasan. Teliti peta 4.1 untuk mengetahui kedudukan tersebut.

Kawasan Persisiran Pantai
Kawasan persisiran pantai berada di bawah Kesultanan Brunei. Pangeran Indera Mahkota dilantik sebagai wakil sultan bagi mentadbir kawasan ini. Beliau dibantu oleh tiga orang pembesar tempatan, iaitu Datu Patinggi, Datu Temenggung dan Datu Bandar.



Kawasan Pedalaman
Kawasan pedalaman Sarawak termasuk muara sungai. Di kawasan pedalaman terdapat banyak rumah panjang. Setiap rumah panjang mempunyai kawasan pentadbiran sendiri. Kawasan ini ditadbir oleh Tuai Rumah atau Ketua Rumah Panjang.

Kaum Di Sarawak
Penduduk di Sarawak terdiri daripada beberapa kaum. Kaum-kaum ini tinggal sama ada di persisiran pantai, pedalaman dan muara sungai. Jadual 4.1 menunjukkan taburan kaum dan kawasan kaum tersebut.

Kawasan
Kaum
Kawasan Penempatan
Persisiran pantai
Melayu


Melanau
Kawasan Kuching, Simanggang, Sibu, Mukah, Oya, Saribas dan Tanjung Datu.

Lembah Utara Rajang, Mukah, Oya dan Bintulu.
Muara Sungai
Iban


Bidayuh

Kenyah
Sungai Saribas, Sungai Skrang, Sungai Lupar dan Sungai Rajang.

Singgai, Sadong dan Sungai Kayan.

Sungai Baram, Kawasan Ulu Batang, Rajah dan Balui.
Pedalaman
Kelabit

Penan

Murut
Lembah Terusan dan Sungai Baram.

Kawasan Hutan Baram dan Sungai Rajang.

Kawasan kaki bukit dan gunung di utara Sarawak dan di kawasan Sungai Terusan
Jadual 4.1: Taburan kaum di Sarawak


Kedatangan Kuasa Luar ke Sarawak
Sebelum abad ke-19, sebahagian daripada wilayah Sarawak berada di bawah kuasa Kesultanan Brunei. Keluarga Brooke telah menguasi wilayah Sarawak dari tahun 1841 hingga tahun  1941.
            James Brooke seorang pedagang persendirian British telah datang ke Sarawakk. Pangeran Raja Muda Hashim, iaitu wakil Sultan Brunei telah meminta bantuan James Brooke untuk menghapuskan pemberontakan oleh penduduk tempatan.
            Pangeran Muda Hashim berjanji akan menyerahkan kawasan Kuching sekiranya James Brooke berjaya menghapuskan pemberontakan tersebut. James Brooke berjaya menghapuskan pemberontakan dan menuntut haknya. Pangiran Muda Hashim mengingkari janjinya.
            Berikutan itu, James Brooke telah berjumpa dengan Sultan Brunei untuk menuntut janji, Sultan Brunei terpaksa bersetuju dan melantik James Brooke sebagai Gabenor Sarawak. Namun, James Brooke telah memperkenalkan sistem pemerintahan beraja.



SABAH

Asal Usul Sabah
Asal usul Sabah dikaitkan dengan nama pisang saba dan seludang. Mari kita lihat.

Pisang Saba
Pada masa dahulu, masyarakat bajau yang mendiami kawasan pantai barat Sabah banyak menanam pisang saba. Pisang saba menjadi makanan utama mereka. Melalui pertuturan di kalanggan masyarakat tempatan, lama kelamaan perkataan “sabah” bertukar menjadi Sabah. Oleh yang demikian, nama negeri Sabah diambil daripada perkataan “pisang saba”.

Seludang
Dalam syair Jawan, negeri Sabah dikenali sebagai Seludang. Kawasan pusat negeri Seludang dikatakan terletak di antara Telur Marudu dengan Tanjung Bangkota hingga ke Jambongan. Oleh itu, nama Sabah diambil daripada nama seludang tersebut.

Pentadbiran Awal Di Sabah
Pentadbiran awal di Sabah terbahagi kepada tiga kawasan. Teliti peta 4.2 untuk melihat kedudukan kawasan pentadbiran tersebut.

Kawasan Pantai Barat
Kawasan Pantai Barat Sabah berada di bawah kuasa Kesultanan Brunei. Kawasan ini ditadbir oleh seorang wakil pemerintah Sultan Brunei yang dikenali sebagai Pangeran. Kawasan pantai barat ini dibahagikan kepada beberapa buah kawasan. Kawasan ini pula ditadbir oleh pembesar tempatan yang dibantu oleh Ketua Suku Kaum dan Ketua Petempatan Sungai.

Kawasan Pantai Timur
Kawasan Pantai Timur Sabah berada di bawah Kesultanan Sulu. Kawasan ini telah dibahagikan kepada beberapa buah kawasan. Setiap kawasan ditadbir oleh pembesar yang bergelar Datu. Mereka dibantu oleh ketua-ketua tempatan.
Kawasan Pedalaman
Kawasan pedalaman dikuasi oleh kketua-ketua tempatan. Ketua-ketua tempatan ini mentadbir rumah-rumah panjang dalam kawasan mereka. Mereka   digelar Tuai Rumah atau Ketua Rumah Panjang.

Kaum Di Sabah
Penduduk Sabah Terdiri daripada pelbagai kaum. Jadual 4.2 menunjukkan kaum yang terdapat di Sabah.

Kawasan
Kaum
Kawasan Penempatan
Persisiran Pantai
Melayu-Brunei


Bajau



Suluk
Pantai barat Papar, Kimanis dan Sipitang.

Pantai barat (Papar dan Tuaran) dan pantai timur (Kota Belud dan Semporna)

Pantai timur (Semporna, Lahad Datu dan Tawau)
Lembah Pantai
Kadazandusun
Pantai barat (Penampang, Papar, Kudat, Tambunan dan Ranau)
Pedalaman
Murut
Tenom, Pensiangan, Keningau dan Rundum.
Jadual 4.2: Taburan Kaum Di Sabah.

Kedatangan Kuasa Luar ke Sabah
Pada abad ke-16, Sabah terkenal di kalangan pedagang barat. Di Sabah terdapat hasil hutan seperti rotan, gambir dan sarang burung. Faktor ini mendorong kuasa barat bersaing untuk mendapatkan dan menguasai hasil tersebut di Sabah.
Mari kita kaji bagaimana Syarikat Borneo Utara British (SBUB) berjaya menguasai Sabah pada tahun 1882.


-          Sultan Brunei telah memberi pajakan satu kawasan yang luas selama 10 tahun di Sabah kepada Charles Lee Moses, seorang Amerika pada tahun 1865.


-          Walau bagaimanapun, Charles Lee Moses telah menjual hak pajakan tersebut kepada The American Trading Company. Namun, akibat gagal memajukan tanah tersebut, syarikat ini pula menjual hak pajakan kepada Baron Von Overbeck.


-          Baron Von Overbeck bergabung dengan Alfred Dent dan Edward Dent dan menubuhkan Overbeck and Dent Company pada tahun 1877. Sultan Brunei telah memperbaharui pajakan tanah kepada Overbeck and Dent Company.


-          Pada ketika itu, Syarikat Borneo Utara British telah berada di utara Sabah hasil daripada perjanjian pada tahun 1764. Pada tahun 1880, Overbeck tidak lagi menjadi rakan kongsi dalam Overbeck and Dent Company. Oleh itu, Dent telah menubuhkan

Persatuan Sementara Borneo Utara British Berhad. Persatuan ini telah berusaha mendapatkan Piagam Diraja daripada kerajaan British. Tujuannya adalah untuk memperkukuhkan kedudukan dan memajukan perniagaannya di Sabah.


-          Pada tahun 1881, kerajaan British bersetuju dan menganugerahkan Piagam Diraja kepada Persatuan Sementara Borneo Utara British Berhad.


-          Pada tahun 1882, persatuan tersebut dinamai Syarikat Borneo Utara British (SBUB). Melalui Piagam Diraja, syarikat ini mendapat kuasa untuk mentadbir serta menjalankan perdagangan di Sabah.