UNIT 5


PENJAJAHAN
Kedatangan Kuasa Luar
Negara kita terletak di tengah-tengah laluan perdagangan antara Timur dengan Barat. Kekayaan sumber bahan mentah telah menarik kuasa luar untuk menakluki negara kita. Kuasa tersebut isalah Portugis, Belanda, British dan Jepun.
            Mari kita lihat kronologi kedatangan kuasa luar ke negara kita.

Tahun
Huraian
1942
Penduduk Jepun dari tahun 1942 hingga tahun 1945. Jepun menguasai Semenanjung Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak.
1882
British menguasai Sabah.
1841
British menguasai Sarawak melalui pelantikan James Brooke sebagai Gabenor Sarawak.
1824
Menerusi perjanjian Inggeris-Belanda, British mendapat hak mmeluaskan pengaruh  di Semenanjung Tanah Melayu, Sarawak dan Sabah.
1786
Briitish berjaya menduduki Pulau Pinang memalui perjanjian dengan Sultan Kedah.
1641
Belanda menguasai Melaka selepas mengalahkan Portugis.
1511
Portugis menakluki Melaka.
Rajah 5.1: Kronologi kedatangan penjajah.

Tujuan Kedatangan Kuasa Luar
Kuasa luar yang datang ke negara kita disebabkan oleh faktor perdagangan, kemegahan, penyebaran agama kristian, keperluan bahan mentah dan peluasan tanah jajahan.            

Faktor
Huraian
Perdagangan
Pemerintaan rempah sangat tinggi di Eropah. Oleh itu, kuasa Barat ingin menguasai Melaka yang merupakan pusat pengumpulan dan pengedaran rempah
Kemegahan
Negara-negara Eropahh bersaing untuk menjajdi kuasa yang dikagumi. Oleh tiu, mereka perlu mendapatkan tanah jajahan. Melalui penaklukan tersebut, kuasa Barat diiktiraf dan disanjung oleh negara lain.
Penyebaran Agama
Agama Islam sudah berkembang luas  di Asia Tenggara. Oleh itu, kedatangan  mereka juga didorong oleh hasrat untuk menyebarkan   agama Kristian di Asia Tenggara.
Keperluan Bahan Mentah
Selepas berlaku Revolusi Perindustrian di Eropah, kuasa barat memerlukan bahan mentah seperti bijih timah, bijih besi, emas dan arang batu. Bahan mentah ini merupakan keperluan utama kilang mereka. Oleh itu, British ingin menguasai negara kita yang kaya dengan bijih timah.
Peluasan Tanah Jajahan
Bbritish dan kuasa Eropah yang lain bersaing di Asia Tenggara. Tujuan mereka adalah untuk perdagangan, keperluan bahan mentah, kemegahan dan penyebaran agama Kristian. Oleh itu, Belanda telah menakluk Indonesia, Sepanyol menakluki Filipina, Perancis menakluk Indochina dan British menakluk Semenanjung Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak.




Tujuan Kedatangan British dan Jepun
Kita telah mengetahui bahawan British mula bertapak di negara kita pada tahun 1786. Jepun pula menduduki Tanah Melayu pada tahun 1942.
            Mari kita bandingkan tujuan kedatangan British dan Jepun ke Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak.
BRITISH
JEPUN
·         Keperluan bahan mentah seperti bijih timah dan bijih besi bagi kilang di negara mereka.
·         Keperluan bahan mentah seperti  bijih timah dan getah untuk kilang di Jepun.
·         Pasaran bahan kilang.
·         Pasaran bahan kilang.
·         Menunjukkan kemegahan dan kuasa.
·         Menamatkan penjajahan Barat di Asia Tenggara dengan slogan Asia Untuk Asia.
·         Bersaing dengan kuasa Barat yang lain untuk mendapatkan tanah jajahan.
·         Membentuk sembuah empayar yang kuat    di Asia.