UNIT 6

PENENTANGAN TERHADAP SEJARAH

Penjajahan kuasa luar tidak disenangi oleh penduduk tempatan. Oleh itu, muncul pemimpin-pemimpin dan tokoh tempatan menentang kuasa-kuasa penjajah.


ZAMAN PENJAJAHAN
TOKOH/PEMIMPIN YANG MENGETUAI PENENTANGAN
Portugis di Melaka
Sultan Mahmud Shah
Belanda di Perak
Raja Haji
British di Perak
Dato’ Maharaja Lela
British di Sarawak
Rentap
British di Sabah
Mat Salleh
Jepun di Tanah Melayu
Anggota Force 136










Pemimpin dan Tokoh Tempatan
Penjajahan kuasa luar di Tanah Melayu, Sarawak dan Sabah telah menyebabkan pemimpin dan pembesar tempatan kehilangan kuasa dan kedaulatan. Oleh itu, mereka menentang kuasa luar tersebut.


Sultan Mahmud Shah Menentang Portugis


Sultan Mahmud Shah telah berusaha berkali-kali menawan semula Melaka. Pada tahun 1515 hingga tahun 1519, Sultan Mahmud Shah melancarkan serangan sebanyak tiga kali. Contohnya, pada tahun 1517, baginda dengan bantuan askar dari Muar menyerang Protugis di Melaka tetapi gagal. Baginda juga gagal mengepung Melaka untuk menyekat kemasukan bekalan makanan. Kegagalan Sultan Mahmud Shah ini disebabkan pembinaan Kota A Famosa oleh Portugis.





Raja Haji Menentang Belanda


Raja Haji merupakan pembesar berketurunan Bugis dalam kerajaan Johor-Riau. Kerajaan Johor-Riau berpusat di Riau. Apabila Raja Haji berusaha untuk menawan Riau, Raja Haji dan pengikutnya menentang Belanda. Raja Haji cuba mengepung Melaka pada tahun 1874 tetapi tewas. Pada tahun yang sama, berlaku satu lagi pertempuran di Teluk Ketapang. Raja Haji terkorban dalam pertempuran ini.






Dato’ Maharaja Lela Menentang British


J.W.W.Birch merupakan Residen pertama di Perak. Birch mengambil alih kuasa memungut cukai menyebabkan tindakannya itu tidak disukai oleh pembesar. Birch mengharamkan amalan menyimpan hamba oleh pembesar tempatan. Pembesar tempatan berasa marah akan tindakannya itu. Dato' Maharaja Lela bersama-sama dengan pembesar tempatan yang lain merancang membuuh Birch. Akhirnya Birch mati di Pasir Salak pada tahun 1875.





Rentap Menentang British


Rentap ialah ketua orang Iban. Rentap mengutip cukai di sungai Skrang. James Brooke menganggap orang Iban di Sungai Skrang sebagai lanun lalu bertindak untuk menghapuskan mereka. Oleh itu, Rentap telah menyerang kubu Brooke di Nanga Skrang pada tahun 1853. Pada tahun 1857 hingga tahun 1858, James Brooke telah beberapa kali menyerang Rentap tetapi gagal. Rentap terpaksa berundur diri apabila James Brooke menyerangnya selama sebulan di Bukit Sadok. Rentap meninggal dunia sebelum dapat menyerang balas terhadap James Brooke.



Mat Salleh Menentang British

Mat Salleh merupakan pembesar Sulu di Sungai Sugut. Mat Salleh menentang Syarikat Borneo Utara British (SBUB). Penentangan ini disebabkan SBUB mengambil hak kutipan cukai daripada pembesar tempatan. SBUB juga bertindak memusnahkan kampong Mat Salleh. Mat Salleh marah lalu membakar Pulau Gaya, iaitu pusat pentadbiran British. SBUB bersetuju berdamai dengan membenarkan Mat Salleh mentadbir daerah Tambunan. Namun, SBUB tidak menepati janji. Mat Salleh menyerang semula SBUB tetapi terkorban dalam peperangan pada tahun 1900. 






 



Anggota Force 136 Menentang Jepun


Pihak British tewas kepada Jepun semasa Perang Dunia Kedua. Kegagalan ini menyebabkan British membentuk Force 136. Tujuannya adalah untuk menentang Jepun di Tanah Melayu.

Force 136 merupakan pasukan sulit yang menentang Jepun. Markasnya terletak di Sri Lanka dan India. Force 136 bertanggungjawab menaikkan semangat penduduk Tanah Melayu menentang Jepun. Force 136 bertindak mengumpul sukarelawan tempatan menentang Jepun. Ahli Force 136 terdiri daripada pemuda dan pemudi Melayu. Mereka diberi latihan dan senjata untuk menentang Jepun.
  



Anggota Force 136